Monday, February 24, 2014

PERMULAAN 2014


Assalamualaikum wbt,

Pasti tertanya-tanya kenapa lyana balik semula menulis di blog free seperti ini sedangkan sudah mempunyai domain sendiri (www.lyanamuda.com). Satu langkah yang lain sebenarnya ...... sebab ada sekali kejadian lyana lupa nak renew domain then bila aktifkan semula domain tu, all the data yang dah post tu hilang. Oleh kerana lyana bukanlah pandai sangat nak cari balik so redha jelah.


Beralih kepada tahun 2014 ni, setelah melalui pelbagai peristiwa dan cerita-cerita suka dan duka, finally lyana amik keputusan untuk berubah. Bukan buat plastic surgery just nak ubah gaya hidup.


Dah mula rasa tak larat nak carry lemak yang menempek kat badan ni. Plan nak tambah family pun kena fikir banyak kali..hahaha.. memang kena fikir...

Ini masa nikah Mei 2007 (70 kg)

Masa 1st pregnant dulu berat masa tu dalam 70kg, so semasa nak deliver dah cecah angka 85 kg..yeeezzza... maklumlah anak sulung...hepi terlajak...selepas pantang berat tinggal 78kg sehinggalah pegnant kali ke 2, 4 tahun selepas itu. Range berat masa tu 76-78kg. So bila start pregnant dah 78 kg, punyalah takut berat naik macam anak sulung, terus amik supplement. Masa tu of coz lah supplement yang paling laris, SHxxLEE. Memang best sbb berat masa nak deliver masih kekal 85kg. Masa pantang pun rasa cergas je..5 hari dah boleh jalan laju dah sampai kena marah ngan MIL. So bila nak start pregnant anak ke 3, check timbang...opppss...sudah 87kg. Kepala dah start pening dah... Camaner nak pregnant dengan berat macam ni...confirm deliver nanti 90++..ishh..taknak lah..masa ni pun lutut dah selalu sakit. 


Fikir punya fikir trylah produk kopi BxxxxNG yang terhangat dipasaran pembuka tirai 2014. Kena 5-6 paket rasa badan tak boleh terima. Mana taknya asik sakit kepala je, sama simptom kalau minum nescafe. 


Tapi nak dijadikan cerita ntah macam mana ter baca beberapa blog pasal HERBALIFE. Mula2 tu macam konfius jugak sebab dalam masa 10 tahun bekerja ni dah berapa banyak dah pengedarnya kena reject. Memang tak percaya langsung. Tapi ntah macam mana, boleh whatapps dengan sorang student ni, yang memang bagi penerangan yang cukup rencah kat lyana yang memang terkenal dengan cerewetnya. Walaupun beliau tak de pun terangkan bisnes plan pelbagai, tapi lyana dengan murah hatinya boleh sign up ahli dan meng'order" produk ni dengan dia. 

Well, dia pun explain bagus je utk bantu menurunkan berat badan dan bukannya capai target sales macam sesetengah MLM. Thanks to adik Shamin yang susah payah terangkan. 

Good point kat sini ialah kalau kita as customer just perlukan explanation yang tepat je, tak perlu panjang lebar, tepat dan cepat dan satu lagi skill komunikasi kita yang menentukan customer akan stay atau blah dari situ. ada beberapa orang yang dalam masa yang sama lyana WHATSAPP juga tapi respond agak perlahan. Memang jodoh nak ber"Herbalife" dengan adik Shamin juga yang Allah SWT tentukan. 


Sekian sahaja coretan hari ini. Yang baik itu datang dari Allah SWT yang pastinya.



No comments:

Post a Comment