Sunday, March 2, 2014

APA YANG KITA DAPAT?



Assalamualaikum wbt.

Bagaimana hari ini? Dah shake dah? Well, actually br habis lunch. Standard masa saya lah waktu2 macam ni. So jadual pagi biasanya saya akan mula ambil Aloe + Teamix + F1 dari jam 6.30 ke 7.30 pagi.. sambil-sambil nak bersiap ke tempat kerja. Actually setelah beberapa hari saya dah makin selesa dengan jadual yang saya atur ni. Lunch jam 12.30 tgh and dinner start 6.30 ptg hingga 7.30 malam.

Memang normally saya bagi masa 1 jam untuk saya habiskan breakfast dan dinner sebab saya memang tak suka "DERA" perut saya ni. Well, kena pujuk2 dulu, kalau tak nanti ada yang memberontak then masa tu semua pun dah tak guna. So better take time. Nasihat PERCUMA untuk orang baru macam saya yang nak consume produk HERBALIFE.


Suka tengok pic ni sebab boleh motivasikan diri... macamana?? Macam ni, kalau tengok gambar ni mesti akan cakap pada diri takkanlah saya nak bersusah-payah telan semua ni, confirm tak mampu punya terutama sayur kobis dan tofu tu... erkk... memang bukan makanan harian.. So lebih rela telan F1 campur susu rendah lemak sket... confirm boleh telan + sedap pulak tu.

PILIHAN di tangan anda, so sila pilih dengan BIJAK.



Saturday, March 1, 2014

PENGALAMAN 3 HARI...

Assalamualaikum wbt.



Eleh  3 hari pun nak update...well, i punya sukalah, blog i okay... Sharing is caring....

Sebenarnya taklah susah sangat nak amalkan nutrisi produk HERBALIFE ni. Kenapa??? Ya, jap lagi nak senaraikan kenapa saya kata senang..


  • Saya kurang minum air bergas so dengan mudahnya terus kata "TIDAK".
  • Saya bukanlah penggemar makanan segera, lagipun kalau nak beli kena drive 12 km so dengan mudahnya terus kata "TIDAK" juga.
  • Saya bekerja 8 pagi - 5 petang di pejabat, kadang-kadang je kerja luar pejabat so dengan senang hatinya saya menyibukkan diri sebelum dan selepas waktu LUNCH.
  • Saya memang dah biasa amalkan minum 2-4 liter air kosong tiap-tiap hari sebelum ini. Tahu tak air kosong membekalkan penambahan oksigen ke dalam otak. Biasanya kita mengantuk sebab kurang oksigen. sebab itu kalau perhatikan Chinese Student memang akan bawa bekal air kosong ke sekolah.

Haa...kat atas tu sebahagian sahaja...yang paling penting mindset kita tu.

Hari pertama memang tak boleh blah rasa lapar, yelah dah biasa makan 3 kali sehari nasi tetiba tukar 1 kali round je...mau tak lapar..Tambah pulak period... memang mengaum-ngaumlah perut ni ... Tapi sabar...ish..kuatkan mental...

Pagi tu juga dah plan nak beli barang plastik kat Pasar Tani Kuala Besut yang terkenal dengan kawasannya yang luas tu.. TAPI berjaya ke pasar dan balik barang plastik yang nak beli je. Walaupun saja je merayap kat semua bahagian yang ada (cuci2 mata). 

Oppps...lupa nak mention pagi pertama(28/2/2014) timbang berat 86.5 kg... Tak sabar nak timbang balik jumaat nanti kat KL sebab Shamin cabar turunkan 3 kg minggu ni..

Hari kedua (semalam) dan hari ketiga (hari ini) tak sesusah mana pun, sebelum jam 12 tengahari dah habiskan 2L air. So nak minum botol yang seterusnya pulak.

TIPS: Pastikan anda ada botol air yang saiz 2L. Letak je atas meja masa buat kerja dan tanpa sedar sebenarnya sekejap je pun nak habiskan 2L tu..Jangan percaya cakap saya, buat je terus sekarang!



Wednesday, February 26, 2014

PARCEL DAH SAMPAI?

Assalamualaikum wbt,




Yes! Akhirnya abang pos laju yang dah tak berapa laju muncul di depan pintu pejabat tengahari.. Dengan rakusnya membuka parcel...hahaha..I memang orang yang jenis tak sabar hookeeiii...so behave yourself...jeng..jeng..jeng...


(Biar betul nih....serius Shamin bagi I barang FREE tau)

  • Beg keahlian which memang malas nak buka lagi.. nak tengok kat rumah lah...
  • 2 x F1
  • 1 x Aloe
  • 1 x Teamix
  • Shaker
  • Spoon
  • Face mist (apa benda ni...sembur-sembur kat muka bagi fresh kot)
  • Free WHATSAPP consultation (hahaha..yang ini memang always...dia tak bagi pun minta juga)

Pagi tadi ada sembang-sembang kat WHATSAPP, so ada event hujung minggu ni but sorry saya tak FREE lah hujung minggu ni. Ada sedikit kerja yang dah janji nak buat. But anyway saya memang suka pergi event plus training. Sebab bila buat bisnes, ini adalah salah satu cara kita boleh jumpa ramai prospek baru and of coz serap aura-aura positif.

"Nak jadi jutawan kena berjiran dengan orang Jutawan"

Sebab itu kalau boleh jangan duduk dengan orang yang aura negatif. Walaupun tak 100% dapat tapi ia tetap mengganggu gelombang positif kita. 

Well, esok baru mula...malam ni ada dinner..huh..kacaulah pulak...Anyway starting tomorrow, saya nak declare program "CABARAN TURUN 3 KILO SEMINGGU". Sebenarnya Shaminlah ni cabar saya turun. tapi the best part is akan ada REWARD sekiranya saya berjaya sahut cabaran itu. Well, let see...




Tuesday, February 25, 2014

WHY CHOOSE HERBALIFE??

Yes, kenapa saya pilih Herbalife. Dah jodoh agaknya.Nak tahu saya macamana...hahaha..boleh tengok jelah gambar kat bawah ni..so good..cam iklan KFC tu..dengan berat 87 kg...semua baju rasanya dah ketat..yg paling tak best bila dah tak boleh pakai baju saiz XL..just imagine bukan saiz L hokeeii...saiz XL pun dah tak muat...camane tu...

Ini masa event kat JB 3 Januari 2014

Ni yang tak sabar tunggu parcel sampai ni..oohhh..parcelku cepatlah dikau sampai...dah tak berapa nak sabar nak buang lelemak yang menempek ni..

Salah satu sebab yang patut start membuat pilihan yang tepat pada hari ini adalah kerana Herbalife bukan ubat kurus...yes...memang nak ditekankan kat sini ianya bukanlah ubat kurus seperti yang diwar-warkan oleh kebanyakan kompeni...

Memanglah ia bukan ubat kurus...yang korang percaya bagai tu buat apa.



Ini kata Kevin Zahri, Pakar Pengurusan Badan ye, Produk herbalife merupakan produk pengganti sajian dengan membekalkan protein, karbohidrat dan lemak mengikut kadar kalori(lebih kurang) 40:40:20. boleh klik kat SINI


Dan yang paling senang ialah semua orang boleh ambil produk ni.no pantang-pantang..ini yang paling saya suka sebab saya tengah plan nak tambah ahli keluarga kan. So mesti PILIH yang terbaik untuk semua.




Monday, February 24, 2014

PERMULAAN 2014


Assalamualaikum wbt,

Pasti tertanya-tanya kenapa lyana balik semula menulis di blog free seperti ini sedangkan sudah mempunyai domain sendiri (www.lyanamuda.com). Satu langkah yang lain sebenarnya ...... sebab ada sekali kejadian lyana lupa nak renew domain then bila aktifkan semula domain tu, all the data yang dah post tu hilang. Oleh kerana lyana bukanlah pandai sangat nak cari balik so redha jelah.


Beralih kepada tahun 2014 ni, setelah melalui pelbagai peristiwa dan cerita-cerita suka dan duka, finally lyana amik keputusan untuk berubah. Bukan buat plastic surgery just nak ubah gaya hidup.


Dah mula rasa tak larat nak carry lemak yang menempek kat badan ni. Plan nak tambah family pun kena fikir banyak kali..hahaha.. memang kena fikir...

Ini masa nikah Mei 2007 (70 kg)

Masa 1st pregnant dulu berat masa tu dalam 70kg, so semasa nak deliver dah cecah angka 85 kg..yeeezzza... maklumlah anak sulung...hepi terlajak...selepas pantang berat tinggal 78kg sehinggalah pegnant kali ke 2, 4 tahun selepas itu. Range berat masa tu 76-78kg. So bila start pregnant dah 78 kg, punyalah takut berat naik macam anak sulung, terus amik supplement. Masa tu of coz lah supplement yang paling laris, SHxxLEE. Memang best sbb berat masa nak deliver masih kekal 85kg. Masa pantang pun rasa cergas je..5 hari dah boleh jalan laju dah sampai kena marah ngan MIL. So bila nak start pregnant anak ke 3, check timbang...opppss...sudah 87kg. Kepala dah start pening dah... Camaner nak pregnant dengan berat macam ni...confirm deliver nanti 90++..ishh..taknak lah..masa ni pun lutut dah selalu sakit. 


Fikir punya fikir trylah produk kopi BxxxxNG yang terhangat dipasaran pembuka tirai 2014. Kena 5-6 paket rasa badan tak boleh terima. Mana taknya asik sakit kepala je, sama simptom kalau minum nescafe. 


Tapi nak dijadikan cerita ntah macam mana ter baca beberapa blog pasal HERBALIFE. Mula2 tu macam konfius jugak sebab dalam masa 10 tahun bekerja ni dah berapa banyak dah pengedarnya kena reject. Memang tak percaya langsung. Tapi ntah macam mana, boleh whatapps dengan sorang student ni, yang memang bagi penerangan yang cukup rencah kat lyana yang memang terkenal dengan cerewetnya. Walaupun beliau tak de pun terangkan bisnes plan pelbagai, tapi lyana dengan murah hatinya boleh sign up ahli dan meng'order" produk ni dengan dia. 

Well, dia pun explain bagus je utk bantu menurunkan berat badan dan bukannya capai target sales macam sesetengah MLM. Thanks to adik Shamin yang susah payah terangkan. 

Good point kat sini ialah kalau kita as customer just perlukan explanation yang tepat je, tak perlu panjang lebar, tepat dan cepat dan satu lagi skill komunikasi kita yang menentukan customer akan stay atau blah dari situ. ada beberapa orang yang dalam masa yang sama lyana WHATSAPP juga tapi respond agak perlahan. Memang jodoh nak ber"Herbalife" dengan adik Shamin juga yang Allah SWT tentukan. 


Sekian sahaja coretan hari ini. Yang baik itu datang dari Allah SWT yang pastinya.